top of page

​

MAAHAD SYAMSUL MAARIF LELAKI

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH  

​

SMU (A) Syamsul Maarif diasaskan pada 1943 H oleh Haji Muhd Arshad, Imam Tua surau Pulai Chondong. Lembaga YIK telah mengambil keputusan untuk memisahkan Syamsul Maarif kepada lelaki (MSML) dan perempuan (MSMP) pada Disember 1995H. Pemisahan ini terlaksana secara rasminya. Pengetua yang pertama di Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) ialah Ustaz Nik Mustapha Nik Long. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1997 dan telah diambil alih oleh Ustaz Rusdi Ariffin.

​

Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) adalah termasuk dalam salah sebuah sekolah YIK yang agak disegani dengan pencapaian akedemik dan kokurikulum. Justeru itu, segala kerjasama dalam apa jua bidang amat diharapkan untuk menjayakan program peningkatan prestasi adalah amat diperlukan dan persediaan PKINK untuk menyahut seruan ini adalah amat dihargai dan sesuai dengan masanya.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN 

 

     FALSAFAH

​

  •   Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas unutuk memberi  pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran dan meningkatkan kerohanian murid di sekolah kami.

  •  Bahawasanya kami guru di sekolah ini berpendapat iaitu hubungan diantara guru dan ibubapa adalah satu jalan utama mencapai citi-cita bagi meningkatkan pelajaran murid-murid dengan cara bermuafakat diantara kedua pihak.

  •   Bahawasanya kami guru disekolah ini memandangkan akhlak mereka adalah menjadi jalan pengukur kemajuan murid dan akan berusaha menentukan murid disekolah ini akan meninggikan akhlak mereka dan demikian akan belajar dengan lebih mulia lagi.

       

    FALSAFAH PENDIDIKAN YIK

​

  •       Ialah pendidikan islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah terbiah, ta’alim ialah pendidikan Islam sebagaimana yang terangkum dalam istilah tarbiah, ta’alim, irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari segi rohani, a’qaliah, akidah, emosi dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat unutuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan umat

  • White YouTube Icon
  • Picture1
  • White Instagram Icon

© Copyright 2018 by Redaksi MSML. Proudly created with Wix.com

Hubungi Kami

Alamat

Maahad Syamsul Maarif Lelaki, Jalan Joh, Labok, 18500 Machang, Kelantan

bottom of page