top of page

Berita Terkini

Search

Siapakah Tok Kenali?

Writer's picture: Majlis Perwakilan PelajarMajlis Perwakilan Pelajar

Disediakan oleh : Exco Dakwah Majlis Perwakilan Pelajar

Risalah Tahbih Siri-3


[ RISALAH TANBIH | SIAPAKAH TOK KENALI? ]

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad SAW. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar Kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.


Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan haji. Jelaslah bahawa Tok Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri.


Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tok Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang dengan nama Syeikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tok Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tok kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.


Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar Kota Kaherah. Beliau juga merupakah orang Kelantan yang pertama menjejaki kaki di bumi Mesir.

383 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


  • White YouTube Icon
  • Picture1
  • White Instagram Icon

© Copyright 2018 by Redaksi MSML. Proudly created with Wix.com

Hubungi Kami

Alamat

Maahad Syamsul Maarif Lelaki, Jalan Joh, Labok, 18500 Machang, Kelantan

bottom of page